{"id":97766,"date":"2022-07-27T14:28:34","date_gmt":"2022-07-27T14:28:34","guid":{"rendered":"https:\/\/womentales.com\/who-is-the-most-beautiful-woman-of-all-time\/"},"modified":"2022-07-27T15:54:28","modified_gmt":"2022-07-27T15:54:28","slug":"siapakah-wanita-tercantik-di-sepanjang-zaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/womentales.com\/ms\/siapakah-wanita-tercantik-di-sepanjang-zaman\/","title":{"rendered":"Siapakah Wanita Tercantik Di Sepanjang Zaman?"},"content":{"rendered":"\n

Kecantikan seseorang terletak pada mata yang memandang, oleh itu amat sukar untuk menyenaraikan wanita tercantik yang ada sejak dahulu, sehingga sekarang. Kebanyakan wanita-wanita ini menjadi insan berjaya dek kerana kecantikan yang ada padanya, jadi jika kami telah pun membuatkan anda tertanya-tanya, jom saksikan siapa yang menjadi pilihan kami\u2026 dan cuba anda pula pilih yang mana paling mencuri hati anda.<\/p>\n\n\n\n

Michelle Pfeiffer<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: livejournal.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Sepanjang era 80 dan 90-an, Michelle Pfeiffer adalah salah seorang pelakon wanita paling popular di layar perak, disebabkan bakat lakonan dan juga kecantikan yang luar biasa. Dia mampu untuk memecahkan gaya biasa yang sering dibawa oleh wanita cantik dalam filem lewat 70an, sebagai pelakon sampingan dalam Starface dimana telah membawanya ke watak filem yang lebih serius. Menurut Daily Telegraph, \u201ckecantikan yang ada padanya adalah sesuatu yang anda akan tiba-tiba kagumi ketika anda bercakap dengannya\u201d<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Brigitte Bardot<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: twitter.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Merupakan seorang penyanyi pada usia muda, Brigitte Bardot berhijrah ke dunia lakonan pada tahun 50an. Dia membintangi filem Robert Vadim yang bersifat kontroversi; iaitu filem And God Created Woman yang telah menjulang namanya ke persada antarabangsa pada tahun 1956. Seorang pengkritik Amerika memanggilnya sebagai \u201cciptaan makhluk yang begitu sempurna\u201d. Kewujudan Brigitte Bardot ke persada perfileman ketika zaman kontroversi sangat ketara sehinggakan Simone de Beauvoir menulis sebuah esei bertajuk \u2018Brigitte Bardot dan The Lolita Syndrome. Seterusnya, dia menjadi pejuang hak haiwan dan isu yang paling kontroversi ialah dia telah dikenakan saman sebanyak lima kali kerana mencetuskan kebencian kaum.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Jacqueline Bisset<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: wattpad.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Pelakon Inggeris, Jacqueline Bisset telah membintangi banyak filem sejak tahun 1960 apabila dia berlakon dalam filem pecah-panggung seperti Bullit. Lama-kelamaan, dia semakin dikenali dengan peranan sebagai pelakon utama dan mula memainkan watak yang lebih serius, seperi di dalam filem Francois Truffaut, yang bertajuk Day for Night. Wataknya dalam filem The Deep pada tahun 1977, yang menampilkannya hanya berbaju t-shirt apabila dia berendam di dalam air, iaitu berada dalam keadaan basah lencun, menjadi sangat ikonik sehinggakan telah mempopularkan pertandingan \u2018baju basah\u2019. Sejak itu, Jacqueline Bisset telah muncul dalam hampir semua filem dan rancangan TV.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Sharon Tate<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: vogue.it<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Yang sedihnya, kehidupan Sharon Tate sentiasa menjadi perbualan mengenai kisah hidupnya yang menyedihkan, tragik dan juga mengenai kematiannya yang tidak berperikemanusiaan. Sebelum Quentin Tarantino sempat membayangkan sejarah mungkin berbeza di dalam Once Upon a Time in Hollywood, Sharon yang jelita ini telah pun memulakan kariernya di dalam filem. Dia dijangkakan sebagai pelakon perintis yang bakal terkenal, yang telah pun menerima ulasan positif untuk kedua-dua peranannya sebagai watak komedi dan dramatik. Dia mengahwini pengarah yang juga pelakon bersama dalam filem Roman Polanski iaitu The Fearless Vampire Killers, pada tahun 1968. Dia sedang hamil lapan bulan ketika ajalnya tiba.\u00a0<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Kim Basinger<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: looper.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Basinger memulakan karier sebagai model yang berjaya pada tahun 1970an dan berpindah ke Los Angeles dimana dia berubah angin menjadi pelakon. Dia telah membintangi beberapa filem untuk rancangan televisyen, tetapi lakonan pertamanya adalah drama Hard Country. Selepas prestasi yang ditunjukkan dalam Never Say Never Again sebagai gadis Bond, Basinger kerap menjadi heroin filem dan terus berlakon pada tahun 1990an. Sejak itu, dia semakin sering muncul dalam banyak lagi filem dan masih berlakon sehingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Audrey Hepburn<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: etsy.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Dengan wajah yang unik, populariti Audrey Hepburn melonjak selepas membintangi filem Roman Holiday, bergandingan dengan Gregory Peck, dimana peranannya itu telah menghadiahkannya anugerah Academy Award, BFTA dan Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kemudian, dia fokus dalam kedermawanan, dan dia telah diberikan penghormatan ke atas kerja-kerja kemanusiaan yang telah dijalankan sepanjang hayat dan juga selepas kematiannya. Dia meninggal dunia pada tahun 1993 akibat mengalami kanser yang jarang ditemui. Legasinya yang berterusan sehingga ke hari ini menjadi bukti kewujudannya di dalam budaya yang terkenal di sepanjang zaman, sejak kematiannya.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Tyra Banks<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: britannica.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Tyra Banks adalah model Amerika yang amat dikenali dan juga seorang personaliti tv. Pada tahun 1990, dia memulakan karier modelnya dengan Elite Model Management, salah satu agensi yang terkenal di dunia. Dia juga muncul di kulit hadapan majalah Vogue di Spain, dan diberikan nama sebagai perintis Naomi Campbell – dan anda pun tahu kenapa! Dia juga muncul di majalah GQ dan di dalam katalog Victoria Secret. Salah satu pencapaian terbaiknya untuk penampilan terbuka ialah penglibatannya dalam America\u2019s Next Top Model, dimana dia adalah pengacara, dan juga penerbit eksekutif bagi rancangan itu.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Marilyn Monroe<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: fandom.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Tidak lengkaplah senarai tanpa Marilyn Monroe, salah satu nama selebriti yang termahsyur di dunia. \u201cTidak sempurna ialah satu kecantikan, gila-gila adalah genius, dan ianya lebih baik untuk berbuat sesuatu yang mengarut berbanding menjadi seorang yang membosankan\u201d katanya, dan dia dia hidup benar-benar seperti apa yang dikatakan.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Ursula Andress<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: etsy.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Faktor yang membuatkan Ursula Andress menjadi terkenal ialah disebabkan wataknya yang menjadi gadis Bond, yang berlakon disamping Sean Connery di dalam Dr.No pada tahun 1962. Walaupun suaranya dibuat peralihan suara dek kerana loghat Swiss-German miliknya yang pekat, dia menjadi terkenal dengan agak cepat, iaitu salah satu pengenalan watak heroin yang paling ikonik dalam sejara perfileman. Selepas dia muncul dalam majalah Playboy beberapa tahun selepas itu, dia ditany kenapa dia besetuju untuk tampil dengan imej bogel. Dengan ringkas, dia menjawab, \u201cSebab saya cantik\u201d.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Jayne Kennedy<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: vintag.es<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Jayne Kennedy dilahirkan sebagai Jayne Harrison pada tahun 1951, dan dia merupakan model Amerika, pelakon dan penghebah sukan. Pada tahun, dia dianugerahi dengan Miss Ohio, wanita Amerika-Afrika yang pertama memenanginya. Pada tahun yang sama, dia bertemu dengan suaminya, Leon Isaac Kennedy. Mereka berdua berkahwin tidak lama selepas itu, Dia muncul dalam banyak rancangan televisyen, malah mempunyai peranan dalam NFL Today. Pada tahun 1980an, dia mula menerbitkan video senaman. Pada tahun 1982, dia bercerai dengan Kennedy dan pada tahun 1985, dia berkahwin dengan Bill Overton, dimana kemudian, mendapat tiga anak perempuan, yang cantik sepertinya.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Ava Gardner<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: redonline.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Loghat utara Ava Gardner yang sangat pekat (dia berasal dari South Carolina) menyebabkannya hampir tidak dapat diterima ke MGM. Tetapi ia tidak menghalang Ava dari mempamerkan kecantikannya dan MGM tidak mengambil keputusan yang lama untuk mengambil Ava bekerja di bawahnya. Ia mengambil masa 5 tahun untuk Ava mencapai pencapaian cemerlang menerusi filem The Killers, yang menjadikannya terkenal. Dia merupakan pelakon yang sering menjadi watak utama di Hollywood sepanjang lima dekad, sehinggalah pertengahan 80an apabila tabiat merokoknya menyebabkan dia mendapat penyakit emphysema dan dua strok pada tahun 1986 menjadikannya lumpuh. Dia meninggal dunia akibat pneumonia pada tahun 1990.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Lauren Bacall<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: vogue.es<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Dikenali kerana penampilan menggoda dan suara yang unik, pelakon Amerika ini telah dinamakan sebagai pelakon wanita ke-20 terbaik untuk filem klasik Hollywood yang kemudiannya telah menerima penganugerahan Anugerah Akademi \u2018sebagai pengiktirafan peranan utamanya dalam filem. Golden Age”. Di sebalik karier lakonannya yang cemerlang, dia bermula sebagai model dan telah muncul di kulit hadapan majalah Harper\u2019s Bazaar, dan juga majalah Vogue. Kecantikannya dikenali dengan “anggun seperti kucing, rambut perang kuning kecoklatan, dan mata biru-hijau”.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Barbara Parkins<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: fandom.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Pada usia 16 tahun, bintang kelahiran Kanada: Parkins berhijrah ke Los Angeles untuk menjadi terkenal. Gadis muda ini memulakan karier sebagai penyanyi latar dan penari di sebalik nama-nama besar, di kelab-kelab malam. Pada tahun 1961, dia memulakan lakonan dalam filem berbajet-rendah \u201820,000 Eyes\u2019. Namun begitu, salah satu projeknya yang lebih besar telah muncul dalam filem adaptasi Valley of Dolls. Dia kekal dalam siri itu untuk keseluruhan cerita dan telah dicalonkan untuk Emmy Award sebagai Pelakon Terbaik dalam Watak Utama pada tahun 1966.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Julie Ege<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: vogue.fr<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Julie mula bekerja sebagai model pada usia 15 tahun. Dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan Miss Norway pada usia 18 tahun dan seterusnya bertanding untuk gelaran Miss Universe sebelum berpindah ke England untuk bekerja sebagai au pair untuk memperbaiki bahasa Inggerisnya. Pada lewat tahun 1960an, dia mula berlakon untuk banyak watak kecil tetapi yang paling diingati ialah peranannya dalam filem komedi; Up Pompeii pada tahun 1971. Walaupun dilabelkan sebagai pelakon glamour, dia kemudian mendedahkan bahawa tidak kisah dengan itu memandangkan rupa parasnya lah yang telah membiayai kos hidupnya.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Sophia Loren<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: vanityfair.it<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Sophia Loren dikenali oleh kerjaya lakonannya dan salah satu pelakon Itali yang paling disayangi dan dikagumi. Dia memulakan kariernya pada usia 14 tahun dan masih berlakon sehingga ke hari ini. Dia telah muncul berpuluh-puluh filem termasuk A Countess From Hong Kong, The Pride and the Passion dan Grumpier Old Men. Tetapi ada sesuatu yang lebih luar biasa daripada hal kecantikannya, iaitu dia tidak segan menunjukkan pada dunia yang dia tidak mencukur bulu bawah lengannya.Kita tidak gemar untuk mengakui hal tersebut, tetapi yang pastinya ia tidak mengurangkan sedikit pun kecantikannya.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Vanessa Williams<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: pixnet.net<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Vanessa Williams membuat kemunculan yang mengejutkan ke dalam dunia kecantikan, dengan memenangi Miss America pada tahun 1984. Tetapi disebabkan oleh masalah peribadi tertentu, dia terpaksa mengembalikan gelaran tersebut. Walaupun pada mulanya dia dijangkakan akan menghilang dari kemunculan awam, dia memulakan kariernya dalam industri perfileman pada tahun 1986. Wataknya yang paling popular ialah di dalam Ugly Betty, dimana dia telah dicalonkan malahan memenangi anugerah SAG, Emmy dan Golden Globe. Dia juga cemerlang dalam dunia muzik, melayakkannya untuk menerima banyak pencalonan Grammy untuk album seperti The Sweetest Days dan The Right Stuff.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Jane Birkin<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: elle.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Walaupun pelakon Inggeris ini telah memiliki karier yang berjaya di pawagam British dan Perancis, dia terkenal di seluruh dunia disebabkan hubungan berdekadnya dengan Serge Gainsbourg. Malahan selepas berpisah, Birkin terus-menerus cemerlang sebagai pelakon dan penyanyo di dalam pelbagai filem seperti A Soldier’s Daughter Never Cries dan Red Fox. Walaupun begitu, Birkin paling dikenali kerana beg Herm\u00e9s telah dinamakan sempena namanya selepas dia mendedahkan yang dia tidak menemui beg santai kulit yang digemari.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Britt Ekland<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: alamy.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Pelakon dan penyanyi Swedih ini telah muncul dalam banyak filem sepanjang tahun 1960an dan 1970an, dan paling dikenali oleh wataknya di dalam Get Carter dan The Night They Raided Minsky’s. Dia juga muncul sebagai gadis Bond dalam filem The Man With the Golden Gun (tahun 1974). Ekland telah menerima kebanyakan perhatian dalam masa hanya semalaman disebabkan kisah romantiknya dengan pelakon Peter Sellers, yang telah melamarnya setelah melihat fotonya di dalam suratkhabar. Sepanjang tahun 1970, dia merupakan salah seorang selebriti yang paling banyak diperkatakan dan diambil gambar.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Loretta Young<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: life.hu<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Loretta Young mempunyai perjalanan karier yang panjang dan menarik, memulakan kerjaya sebagai kanak-kanak seawal usia dua atau tiga tahun pada tahun 1917 sehingga 1953. Dia dicalonkan untuk Oscar untuk peranannya dalam Come to the Stable dan Academy Award untuk Pelakon Terbaik untuk wataknya dalam The Farmer\u2019s Daughter pada tahun 1947. Young mengahwini pelakon Grant Withers dari 1930 sehingga 1931, tetapi mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Spencer Tracy. Seawal usia lapan tahun Young sudah mula menghisap rokok, tetapi berhenti pada pertengahan 1980an bertujuan untuk menaikkan berat badan sebanyak 10paun (~4.5kg).<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Grace Kelly<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: elcorreo.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Grace Kelly hanya berkerja di Hollywood selama lima tahun sebelum dia mengahwini Putera Monaco Ranier III, tetapi keanggunannya tetap melonjakkan namanya sebagai salah satu figura Hollywood yang terbaik pada zamannya. Kelly tidak pernah berlakon lagi setelah menjadi puteru Monaco, tetapi ia membuatkannya untuk fokus dalam kerja-kerja kedermawanan dan mempromosikan seni. Sayangnya, dia meninggal dunia di dalam kemalangan yang disebabkan oleh strok yang dialami ketika memandu. Walaubagaimanapun, anak perempuannya terselamat dari kecelakaan itu. Dia diingatidek kerana keanggunannya, baik di hadapan skrin mahupun di dalam kehidupan yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Jane Fonda<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: vogue.fr<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Satu nama yang gah apabila musim Oscar tiba, Jane Fonda masih berlakon sehingga ke hari ini pada usianya yang 80-an tahun. Anak kepada figura legenda Henry Fonda ini adalah sebahagian daripada keluarga yang paling prolifik di Hollywood. Walaupun begitu,dia\u00a0 masih berjaya menonjol daripada saudaranya disebabkan karisma lakonan yang tinggi, kecantikan paras rupa dan perjalanan seninya yang panjang. Dengan semua kejayaan yang dikecapi oleh Jane baik di filem mahupun di Broadway, nampaknya tiada ada pun yang dia tidak dapat lakukan.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Judy Garland<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: contextus.hu<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Membintangi filem yang paling ikonik sepanjang zaman, \u2018The Wizard of Oz, nampaknya Judy Garland merupakan mangsa kemahsyuran dan dunia glamor yang muncul seiring dirinya yang menjadi bintang Hollywood. Dicalonkan untuk Academy Awards untuk wataknya di dalam A Star Is Born dan Judgement at Nuremberg, Judy benar-benar disanjungi oleh seluruh dunia sebelum hidupnya berakhir dengan tragik. Dengan adanya anak perempuan Judy; Liza Minnelli yang meneruskan karier seperti ibunya, dan Renee Zellweger yang berlakon sebagai dirinya dalam filem mengenainya pada tahun 2019, legasi Judy Garland sudah tentunya masih dikekalkan.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Katharine Hepburn<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: madmass.it<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Disebalik keengganannya untuk mengalah dengan tekanan daripada publisiti Hollywood, nampaknya peminat dan pelakon-pelakon lain tidak dapat membuat mengalihkan pandangan daripada menatap Katharine Hepburn. Dengan itu, dia mempunyai perkahwinan dengan pelakon Spencer Tracy, dimana mereka berdua berlakon bersama dalam sembilan filem. Dan itu menyebabkan hubungan mereka tercalar. Dengan rekod sebanyak empat pencalonan Academy Award untuk Prestasi Lakonan Utama, nampak jelas ternyata bahawa dia merupakan salah satu pelakon terbaik sepanjang zaman.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Jessica Lange<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: americanprofile.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Nampak seperti Jessica Lange mempunyai dua dunia berbeza di dalam dunia lakonan. Telah menempa namanya dengan pencalonan Academy Award untuk enam filem berbeza sepanjang tahun 80an\/awal 90an, Lange seakan tidak lagi rancak berlakon dan mula amat memilih untuk watak lakonannya. Namun begitu, pada abad sebelum ini, pelakon ini nampaknya muncul kembali, terutamanya sejak membintangi lima musim American Horror Story. Dia juga berlakon sebagai Joan Crawford dalam mini siri Feud: Bette and Joan.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Faye Dunaway<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: filmhet.hu<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Dengan tajuk filem-filem besar seperti Chinatown, Bonnie and Clyne, dan The Thomas Crown Affair, ianya amat mengagumkan untuk membayangkan betapa banyak Faye Dunaway telah capai dalam kariernya yang penuh bintang. Pelakon itu, yang sehingga kini secara rasminya masih belum bersara pada usia 78 tahun, juga mempunyai kejayaan daam kariernya di dalam teater, juga telah membintangi banyak produksi. Di luar kehidupan profesionalnya, Dunaway juga mempunyai beberapa hubungan dengan beberapa nama seperti Peter Wolf, Jerry Schatzberg dan Terry O\u2019Neil.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Veronica Lake<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: quora.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Agak sukar untuk mempercayai bahawa Veronica Lake telah pun meninggal dunia hampir separuh abad yang lalu. Paling diingati untuk watak femme fatale di dalam pelbagai filem, Lake menikmati kejayaan terbesarnya di sepanjang tahun 1940an. Namun begitu, selepas masalah ketagihan arak dan beberapa perhubungan yang gagal, kariernya mula jatuh menurun. Dan lama-kelamaan, tabiat buruknya inilah yang menyebabkan kematiannya pada tahun 1973. Watak filem terakhirnya ialah filem seram bajet-rendah; Flesh Feast pada tahun 1970.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Mia Farrow<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: alamy.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Mempunyai pasangan selebriti yang berprofil tinggi adalah tentunya sesuatu yang besar. Namun begitu, Mia Farrow akhirnya berhubungan dengan dua orang penghibur yang terkenal di sepanjang zaman! Iaitu sudah tentu Frank Sinatra dan selepas itu, Woody Allen. Tidak dapat dinafikan bahawa Mia Farrow menjadi bintang terkenal disebabkan dirinya sendiri dan sudah pasti merupakan salah seorang pelakon wanita paling cantik pada zamannya. Wataknya yang paling ikonik ialah sudah tentu dalam Rosemary\u2019s Baby pada tahun 1968.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Gene Tierney<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: velvet.hu<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Dia mungkin tidaklah begitu terkenal seperti nama-nama lain di dalam senarai ini, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa Tierney mempunyai pengaruh yang kuat di dalam sejarah Hollywood. Paling diingati dengan wataknya dalam filem Laura, Tierney terus mendapat pencalonan dalam Academy Award untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk wataknya dalam filem Leave Her To Heaven pada tahun 1945. Filem terakhir lakonannya ialah pada tahun 1964, iaitu dalam filem The Pleasure Seekers. Pada abad seterusnya, Tierney muncul dalam banyak rancangan TV sebelum meninggal dunia pada tahun 1971.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Carrie Fisher<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: latercera.com<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Sebagai satu inspirasi untuk berjuta wanita di seluruh galaksi, Carrie Fisher telah mencapai sesuatu yang hampir tidak pernah dilakukan sebelum itu di dalam pawagam moden. Dalam wataknya sebagai Princess Leia untuk filem Star Wars pada tahun 1977, dia telah memecahkan stereotaip klasik \u201cgadis dalam kesusahan\u201d. Sebaliknya, dia digambarkan sebagai seorang wanita muda yang berdikari dan berani, dimana akhirnya membantu individu yang sepatutnya menyelamatkannya, untuk lari daripada Death Star yang kejam. Sebahagian besar kariernya didominasi oleh wataknya sebagai Leia, yang muncul di dalam sekuel Disney selepas itu. Dia muncul selepas kematiannya, dalam filem Star Wars: The Rise of Skywalker pada disember 2019.<\/p>\n\n\n\n\n\n\n\n

Pam Grier<\/h3>\n\n\n\n
\"\"
Source: filmforum.org<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n

Sering dianggap sebagai ratu filem Blaxploitation (eksploitasi ke atas orang berkulit gelap), Pam Grier menikmati kejayaan yang amat banyak sepanjang tahun 1970an, membintangi pelbagai jenis filem bergenre seperti tersebut. Ia adalah termasuk Foxy Brown, Coffy dan The Big Bird Cage. Dan nampaknya Quentin Tarantino yang bertanggungjawab membawa namanya ke peringkat lebih tinggi apabila dia mengambil Pam Grier untuk melakonkan filem penghormatan kepada Blaxpoitation miliknya; Jackie Brown. Grier juga muncul di TV, berlakon dalam siri Showtimes, The L World.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

Kecantikan seseorang terletak pada mata yang memandang, oleh itu amat sukar untuk menyenaraikan wanita tercantik yang ada sejak dahulu, sehingga sekarang. Kebanyakan wanita-wanita ini menjadi insan berjaya dek kerana kecantikan yang ada padanya, jadi jika kami telah pun membuatkan anda tertanya-tanya, jom saksikan siapa yang menjadi pilihan kami\u2026 dan cuba anda pula pilih yang mana […]<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":97731,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[634],"tags":[659,660,661,662,663,664,665,666,667],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/97766"}],"collection":[{"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=97766"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/97766\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":97774,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/97766\/revisions\/97774"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/97731"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=97766"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=97766"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/womentales.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=97766"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}